Tuesday 27 September 2011

SelamaT TingGal Kawanku~

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby

Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

notatangan : kau tahu bukan??

tangisan hatiku~

Kawan
hari ini aku menangis sendirian
menangis mengenangkan kisah kita
kisah yang tiada penghujungnya
ku menanti sebuah harapan
agar kisah kita tak lenyap di sini..

Kawan
aku bermohon pada Tuhan
diberikan petunjuk jalan kebenaran
agar mampu meneruskan perjuangan
moga akhirnya persahabatan kita berkekalan..

notatangan : ku mengharapkan sesuatu~

Sunday 25 September 2011

ku TerpaksA~

KAWAN..
Aku dan kamu sudah lama berkawan..perkenalan kita bermula dari sekolah rendah sampi ke alam pekerjaan..mula2 ku menaruh harapan, memandangmu jauh tak kesampaian..tapi mungkin kerana tali persahabatan yang kuhulurkan, kau sambut ia dengan penuh keikhlasan..yang kau anggap tidak lebih dari sebagai seorang kawan.. 

KAWAN...
Masih ingatkah kamu akan masa kita bersama??walau jauh ku tetap tidak pernah melupakanmu..saban hari saban waktu..walau kemana ku pergi, pasti ku pulang membawa sesuatu buatmu untuk diingati..

KAWAN..
Hampir setiap malam ku menghubungimu..kadang2 duit belanjaku, ku simpan hanya untuk menelefonmu..agar ku tahu apa perkembangan dirimu..kita bercerita, tentang suka duka hidup ini.. tentang diri,sekolah,pelajaran ataupun cita..

KAWAN..
Masa berlalu dan terus berlalu..sehingga ku rasakan telah sampai masa nya untuk ku berterus terang akan isi hatiku..namun kawan, tak seindah yang ku harapkan..dirimu sekali lagi bukan milikku..

KAWAN..
Untuk satu tempoh masa ku biarkan diriku hanyut melalui hari demi hari..kehilanganmu bagai sesuatu yang merentap jiwa ini..kosong  tiada erti..akhirnya ku pasrah, ku akur akan segala yang terjadi..

KAWAN..
Kau dan aku kembali berkawan..kau dan hidupmu, ku dan hidupku..masa berlalu dan terus berlalu.. kita tinggalkan alam persekolahan, universiti dan akhirnya masuk ke alam pekerjaan..sepanjang tempoh itu, terlalu banyak perkara yang berlaku..yang hanya kau dan aku tahu..juga mungkin kau dan aku tidak fahami mengapa ia terjadi..namun, sepanjang tempoh itu..kau dan aku tidak pernah terputus hubungan, sehingga ke hari ini..

KAWAN..
Namun saat  ini..ada satu perkara yang perlu kau tahu..ku terpaksa menjauhkan diriku darimu..atas sebab sebab tertentu..yang tak dapat kunyatakan..jangan kau persoalkan kenapa ku lakukan ini..kerana ku terpaksa, dan kau tak tahu diriku terseksa..

KAWAN..
Ku bermohon pada Tuhan agar kau dan aku diberikan kekuatan..ku berdoa agar persahabatan ini dipelihara..mungkin masa nya belum tiba..untuk kita terus bersama.. namun ku yakin, saat itu akan tiba jua..sepanjang tempoh itu, jangan kau fikir ku telah melupakan mu..dan ku harapkan kau pon begitu..

KAWAN..
Tidakkah kau tahu apa isi hatiku??apa yang bermain di fikiranku??ketika waktu dan masa berlalu..ku biarkan ianya terus berlaku..

notatangan : kalau kau bole baca isi hatiku, bacalah..